Powered By Blogger

热烈欢迎浏览本部落格。欢迎提供建设性意见。

It is a nice day. Hope to hear your view as what you are thinking.

Saturday, October 23, 2010

烟霾重临

近日烟霾重临,造成甲州空气素质陷入极不健康状态,众多市民怨言不断。
回想多年来,烟霾事件不断重复发生。一年复一年,国人只好一再承受,苦不堪言。
大家有何良策,以便克服烟霾事件吗?

Friday, March 19, 2010

ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Pengenalan
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa maksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT secara berkesan bukan sahaja dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan baik, bahkan ia dapat memupuk semangat ingin belajar dan keinginan meneroka ilmu pengetahuan menerusi peralatan ICT yang merupakan kunci ilmu zaman kini.

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran
Terdapat pelbagai kelebihan pengajaran dan pembelajaran melalui ICT, di antaranya termasuklah:
  • Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang terdiri daripada pelbagai keupayaan dan kebolehan,
  • Meningkatkan motivasi murid agar mereka lebih berkeyakinan dalam pembelajaran harian,
  • Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning) tanpa kehadiran guru, dan juga tiada had masa dan tempat pelajar berada,
  • Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi melalui peralatan ICT yang dibekalkan,
  • Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi, misalnya tumbesaran sebatang pokok bermula dari sebiji benih,
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar melalui audio dan visual,
  • Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa,
  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid melalui perisian program komputer,
  • Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum, dan
  • Meningkatkan kemahiran ICT murid menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Guru memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT. Bagi memperolehi manfaat menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mengambil berat memberi perhatian terhadap beberapa perkara berikut:
  • Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan sebaik yang mungkin. Ianya tidak boleh dirancang secara “bidan terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Oleh itu menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk penyediaan yang sewajarnya,
  • Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
  • Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan
  • Sediakan peralatan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

Persoalan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, para guru mungkin menghadapi persoalan sama ada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpandukan ICT akan tercapai. Di antara persoalan yang dihadapi adalah seperti berikut:
1 Perlukah seseorang guru menjadi pakar komputer sebelum boleh menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran?
2 Bagaimana menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran?
Sebagai jawapan kepada persoalan pertama, penulis berpendapat bahawa guru tidak perlu menjadi seorang pakar komputer. Seseorang guru hanya perlu menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pelajaran.
Bagi persoalan kedua pula, penulis berpendapat bahawa dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tidak ada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Sebenarnya, pendekatan yang paling baik adalah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dalam dua aspek, iaitu (i) aspek pengajaran berasaskan kecekapan guru menggunakan ICT, dan (ii) aspek pembelajaran berdasarkan kebolehan dan keberkesanan murid menggunakan ICT.

Kategori ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
1 ICT Untuk Pembelajaran Tutorial
Dalam pembelajaran tutorial, ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi (i) pembelajaran ekspositor, (ii) demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan (iii) latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem. Dalam pembelajaran tutorial, perisian pendidikan biasanya disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
Situasi yang sesuai untuk menggunakan pendekatan ini ialah bagi kelas yang mengandungi kemampuan pelajar yang berbeza. Guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain menggunakan komputer. Selain itu, apabila seseorang guru terpaksa bertugas luar dan kelas diganti oleh guru lain, guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer. Dalam situasi di mana terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru dan murid yang memerlukan pengayaan, perisian pendidikan khusus untuk pemulihan dan mencabar minda boleh digunakan bagi tujuan pemulihan dan pengayaan.

2 ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium bagi (i) mencari dan mengakses maklumat daripda CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya, (ii) mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, (iii) melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Situasi yang sesuai bagi pendekatan ini adalah pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan dan pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Pendekatan ini juga sesuai semasa menjalan aktiviti kajian masa depan dan berbentuk simulasi.

3 ICT Sebagai Alat Aplikasi
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagia mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum adalah seperti memproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau pnggunaan perisian hamparan elektornik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

4 ICT Sebagai Alat Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti: teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.

Kesimpulan
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sesuatu yang baru. Negara kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ICT. Dalam konteks pendidikan, ICT bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran hampir semua mata pelajaran.
Konsep pembelajaran berasaskan ICT semakin popular dan penting bagi meningkatkan pencapaian seseorang dalam pelajaran. Bagi ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin juga memainkan peranan. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadikan bilik darjah bertemu dengan alam nyat yang memudahkan kolaboratif dan perbandingan global. Kepesatan teknologi ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan.

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN
http://www.angelfire.com/pro/noraini/sistem.htm
http://www.scribd.com/doc/7857770/Penggunaan-Ict-Dalam-Pengajaran-Dan-Pembelajaran
http://fnhidayat.wordpress.com/2007/10/02/slide-tentang-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran.html
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/04/ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran.html